Sunday, November 1, 2015

GAYA HIDUP SIHAT

Makan secara sihat, diet yang seimbang merupakan perkara yang paling penting dalam memastikan kesihatan yang optimum. Mari bersama-sama saya untuk mengetahui caranya.



Kunci utama untuk mendapatkan diet yang sempurna adalah seperti berikut: 
  • Makan mengikut jumlah kalori yang diperlukan sejajar dengan kerja harian kita. sekiranya anda mengambil pemakanan yang berlebihan, anda hanya akan meningkatkan berat badan anda. Tetapi jika anda mengambil pemakanan yang kurang juga boleh mendatangkan masalah (kurang berat badan). 2,500 kalori sehari merupakan jumlah yang terbaik bagi lelaki manakala 2,000 kalori untuk wanita. Kebanyakan orang mengambiljumlah kalori yang berlebihan dari sepatutnya dan mengundang kepada banyak masalah. 
  • Orang Malaysia disarankan untuk memakan makanan mengikut piramid makanan yang disediakan, agar tubuh kita dapat nutrienyang sepatutnya.

Mari kita mulakan.

Tips yang diberikan adalah tips pemakanan yang asasn dan boleh membantu dalam pemilihan yang lebih sihat.



Asas makanan anda pada makanan yang berserat.

Makanan yang berserat haruslah satu per tiga daripada makanan yang diambil. Contoh makanan yang berserat adalah nasi, roti, pasta, roti dan potato. Disarankan agar memilih makanan yang bergandum (Wholegrain), ini kerana ia megandungi lebih banyak fiber dan boleh mengenyangkan anda
Kebanyakan daripada kita seharusnya makan makanan seperti ini: cuba anda jadikan nasi adalah makanan utama. Ini kerana, kebanyakan orang fikir bahawa nasi boleh menyebabkan kegemukan, namun nasi lah yang membantu anda untuk tidak merasa lapar dan mengandungi kurang lemak.

Mengambil makanan berunsurkan sayur dan buah dengan banyak.

Di Malaysia, kita disarankan untuk mengambil buah dan sayuran dengan banyak. Apakata anda cuba sekiranya makan wajibkan untuk mengambil satu jenis sayur dan satu jenis buah. Ya memang sangat sukar bagi sesetengah orang. tetapi anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan sayur dan buah ini. Contohnya, membuat jus buah tanpa menambah gula atau mecampurkan sedikit buah kedalam sarapan bijirin anda.


Makan lebih ikan

Ikan merupakan satu sumber makanan yang bagus dimana kita boleh mendapatkan banyak vitamin dan mineral. Cuba anda membiaskan diri untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 ekor seminggu. Anda boleh mengambil ikan yang segar, sejuk beku mahupun yang berkaleng (dalam tin). Tetapi makanan berkaleng tidak disarankan kerana kadang kala mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Anda juga disarankan untuk mengambil ikan yang mengandungi lemak omega-3. Ikanjenis ini termasuklah salmon, mackerel, trout, herring, tuna segar, sardines dan pilchards. Bagiikan yang tidak mengandungi lemak omega-3 adalah haddock, plaice, coley, cod, tuna berkaleng, skate and hake.Jika anda telah memilih ikan sebagai salah satu diet penting anda, silalah pilih ikan dari pelbagai jenis.


Kurangkan atau jangan mengambil makanan yang mengandungi lemak tepu dan gula

Dalam diet, kita juga memerlukan lemak tetapi dalampengambilan yang sangat minima. Anda harus tahu membezakan lemak, iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Kedua-dua lemak ini adalah sangat berbeza, dimana jika pengambilan lemak tepu yang banyak boleh mengakibatkan kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah. Ini boleh meningkatkan lagi risiko untuk mendapatkan penyakit jantung.
Lemak tepu boleh didapati dalam banyak makanan seperti keju, kek, biskut, sosej,mentega, dan pai. Cuba untuk tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak tepu ini, dan lebih mengambil makanan yang mengandungi minyak sayuran, lemak omega-3 dan avocado.
Untuk pilihanyang lebih sihat, cuba mengambil minyak sayuran dengan jumlah yang sedikit. Apabila anda bercadang untuk memasak danging, cuba untuk potos secara nipis dan buang sebanyak lemak yang boleh.
Kebanyakan orang Malaysia, mengambil makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, ini adalah merupakan tabiat yang tidak baik.Ini kerana sekiranya pengambilan gula yang tinggi boleh menaikan berat badan dan mengundang banyak penyakit seperti diabetis dan kerosakan gigi. 
Anda juga disarankan untuk tidak mengambil minuman bergas, minuman beralcohol, bijiran sarapan yang manis, dan kek. Dimana, makanan tersebut mengandungi gula berlebihan.
Kita boleh melatih diri untuk membaca label makanan. Cuba untuk memeriksa kandungan yang tertera didalam makanan yang hendak dibeli. Contohnya, jika makanan itu mengandungi lebih 22.5g gula per 100g maknanya makanan itu tinggi kandungan gula. Sekiranya makanan itu mengandungi kurang daripada 5g per 100g maknanya, makanan itu kurang kandungan gula.

Kurangkan pengambilan garam

Walaupun anda tidak menambah garam dalam makanan anda, anda masih juga memakan dengan banyak. Kebanyakan makanan yang kita selalu beli sudah mengandungi garam contohnya roti, sos, kicap, bijirin sarapan dan mee segera. Kita disarankan untuk mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menaikan tekanan darah. Orang yang mempunyai tinggi darah cenderung untuk mendapat penyakit jantung atau strok.
Seperti tadi, anda haruslah bijak dalam membaca label makanan. Kementerian Kesihatan menyarankan orang dewasa atau kanak-kanak yang berumur lebih 11 tahun untuk tidak mengambil garam lebih 6g sehari, manakala yang lebih muda disarankan untuk mengambil kurang daripada itu.




Sentiasa aktif dan dapatkan berat badan yang ideal

Makan dengan sihat adalah kunci utama, tetapi kita juga disarankan untuk sentiasa aktif. Ini kerana kita haruslah mendapat berat badan ang ideal, dimana tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk (BMI= 19-25). Anda disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 5 minit sehari atau 3 kali seminggu. Anda boleh mendapatkan pengiraan BMI dengan pengiraan: Berat dalam kg dibahagi kepada tinggi dalam meter dan di darab dengan tinggi dalam meter.
Kebanyakan remaja haruslah mengurangkan berat badan, dengan cara mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam. Jika anda bercadang untuk mengurangkan berat badan, makan secar sihat, diet yang seimbang, cuba untuk tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak dan gula, dan banyak mengambil makanan sayur dan buah.
Bagi sesiapa yang gemar minum minuman beralkohol, haruslah ingat bahawa alkohol mengandungi tinggi kandungan kalori. Oleh itu, sila kurangkan pengambilan minuman ini sekiranya bercadang untuk menurunkan berat badan.

Jangan buatkan diri anda haus

Kementerian Kesihatan menyarankan kita untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. ini dapat membantu dalam mengurangkan berat badan, kerana dapat mengurangkan rasa lapar. Ini juga dapat membantu kita untuk tidak dehidrated.
Sebaik sahaja anda habis bersenam, disarankan untuk minum air bagi menggantikan air yang telah keluar dari badan koita. Apabila cuaca yang panas juga disarankan untuk minum air yang lebih banyak.



Sentiasa mengambil sarapan

Kebanyakan orang selalu terlepas pandang akan kepentingan bersarapan, ini disebabkan mereka menganggap sekiranya tidak bersarapan akan mengurangkan berat badan. SALAH...!! Sebenarnya, dengan mengambil sarapanlah yang boleh membantu dalam mengawal berat badan kita. Sarapan yang berkhasiat merupakan perkara yang penting dalam diet yang seimbang, dan memberikan vitamin dan mineral yang boleh membentuk kesihatan yang baik. Anda boleh mencuba dengan menyediakan sarapan bijirin rendah gula dan dicampur sedikit dengan hirisan buah yang sedap (hanya cadangan).


Sedikit Tambahan

  • Untuk sentiasa pada landasan yang betul bagi mendapat diet yang seimbang. Silalah berpandukan kepada piramid makanan. Dimana dapat membantu kita dalam pemilihan makanan seharian kita. Ianya amat penting untuk mengambil makanan yang rendah gula.
  • Belajar untuk mendapatkan diet yang seimbang dengan melatih untuk membaca label makanan.

No comments:

Post a Comment